Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu
-solat apabila telah masuk waktunya,
-jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan)
dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin
awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu
menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas
sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa
cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu.
Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara.
Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita,
mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah
kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab
mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun
akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa
pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi
adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
tbe2 tringt kte2 kazen sye~
* kazen sye pnh kate "kalo la taw kwen tu syok, awl2 lg tyme djh 6 tu ak kwen da..sbb nt ade owg support tyme nk UPSR..=p".....(dy ckp cmni sbb dy kwen tgh smbung mster..dats y la bleh kte cmtu..)hehe
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya
tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam
dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini
jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang
yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah
nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan?
Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun,
isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang
penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta,
rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi,
sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab
zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta?
Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang
mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi
tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang
sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah.
Berdosa.
Firman Allah:
Dan kahwinkanlah
orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan
orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.
Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari
limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah
kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus.
Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang.
Waktu
akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja
yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul
urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri.
Buang
wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak
andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia.
Mas
kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah
yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam.
Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah
-seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t,
-seorang penulis yang selalu memberi penawar dan
-seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
-Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la.
-Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la.
-Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la.
Itu
maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan
dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik.
Cuba
bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan
benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan
perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah
maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang
halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan
perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Apabila
datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha
terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia.
Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni.
-Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?
-Bertanggungjawab sudahkah saya?
-Adakah saya panas baran atau penyabar?
-Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?
Pendek
kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri
sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah
perbaiki diri dan mantapkan diri.
Orang yang sudah
berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang
sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya,
ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang
paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa
dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi
kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat
dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih
terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta
pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah
tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di
atas.Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu
kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh.
Ingat,
bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah,
maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya
kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin
ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata:
Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu
menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam
An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang
hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan
kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan
masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah
yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
psst~ rspect la kpd owg da kwen tme stdy ni..if me la kn, ish3 xtaw la erk..haha
sumber:Cinta Atas Cinta (personal Blog)
No comments:
Post a Comment